Lebih 50,000 pemandu teksi, e-hailing, p-hailing jalani vaksinasi
Iklan
PUTRAJAYA - Proses penjadualan pemberian vaksin Covid-19 bagi kumpulan pertama pemandu teksi, e-hailing dan penunggang p-hailing yang melibatkan lebih 50,000 orang dalam perkhidmatan berkenaan telah dimulakan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan telah menerima senarai nama daripada pengendali dan syarikat perkhidmatan tersebut pada pertengahan Jun lepas dan kumpulan pertama itu melibatkan kira-kira 41,488 pemandu teksi dan e-hailing serta 11,527 penunggang p-hailing.