Sanitasi

Iklan

Petugas unit pembersihan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) membuat semburan nyah kuman dan sanitasi ruang solat utama di Masjid Al-Hikmah UMSKAL sebagai rutin dan persiapan bagi menunaikan solat Jumaat berjemaah hari ini.

Dalam tempoh pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN), solat Jumaat dan fardu dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan termasuk solat Aidiladha.

Iklan
Iklan

Kebenaran itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau. - Foto Bernama