Abang sentiasa doakan Anje: Raff Yaacob
Iklan
PELAKON dan suami kepada Mawar Rashid, Raff Yaacob berkongsi rasa bangganya di atas kejayaan isterinya yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan sempurna meskipun memegang status sebagai isteri dan ibu.
Menurut Raff, bukan mudah perjalanan Mawar menamatkan pengajian kerana banyak tanggungjawab lain yang turut tergalas di bahunya.