Raikan anak dapat 5A UPSR, Aidid Marcello ke Tanah Suci...

Iklan
Aidid Marcello. - Foto INSTAGRAM
PENGACARA, Aidid Marcello berkongsi berita gembira mengenai kejayaan anak sulungnya, Nailina Marcello yang telah mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.

Secara kebetulan juga, Aidid berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Norzie Pak Wan Chek dan anak sulungnya itu.

Malah dia turut memuat naik gambar mereka bertiga sebelum berangkat melalui akauan Instagaram (IG) miliknya dan turut meninggalkan kapsyen.

"Tiada apa yang lebih berharga bila rezeki dipanggil untuk ke Tanah Suci kali ini dapat bersama isteri dan anak dara saya.

"Alhamdulillah @nailinamarcello 5A1B UPSR, bolehlah minta doa seterusnya di depan Kaabah InsyaAllah. Seronoknya rasa macam impian jadi kenyataan sebab sudah lama doa untuk ke sana bersama isteri," tulisnya.

https://www.instagram.com/p/BqwGavPgEW-/?utm_source=ig_web_options_share_sheet

Malah Aidid juga berjanji akan berkongsi info dan tips apa sahaja yang ketika di sana nanti.

Kejayaan Nailina itu membuka peluang untuk gadis itu melanjutkan pengajian di salah sebuah sekolah berasrama penuh popular di Malaysia.

Malah, sekolah itu juga menjadi alma mater ibunya ketika di bersekolah menengah dahulu.

Rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dengan kejayaan anak gadis pasangan itu dan turut mendoakan mereka bertiga mendapat umrah yang Mabrur.