LBS Foundation bantu golongan terkesan Covid-19

Iklan
LBS Foundation menyumbangkan katil kepada Hospital Banting, Selangor.

SHAH ALAM - Kumpulan LBS Bina melalui LBS Foundation mengambil inisiatif untuk menghulurkan sumbangan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hospital dan individu yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Lembaga Pemegang Amanah LBS Foundation, Tan Sri Lim Hock San berkata, antara penerima sumbangan termasuk rumah Persatuan Kebajikan Chen Ai, Petaling Jaya.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sumbangan itu akan membantu kakitangan serta penghuni rumah kebajikan tersebut untuk menampung keperluan perbelanjaan bulanan.

"LBS Foundation turut menyumbang beberapa unit katil hospital serta wang tunai kepada Unit Kecemasan di Hospital Banting, Selangor. Sumbangan ini digunakan bagi membantu keperluan hospital dalam menangani kes Covid-19.

Iklan

"LBS Foundation juga menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia untuk membantu dana solidariti bagi menampung keperluan perubatan di beberapa buah hospital dan seterusnya disalurkan kepada keluarga B40 yang terjejas dengan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hock San berkata, LBS Foundation juga telah mengenalpasti 13 keluarga di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang terjejas pendapatan berikutan pandemik Covid-19.

Iklan

"Menerusi kerjasama yang dijalin dengan Pharmaniaga Berhad, 13 keluarga berkenaan akan menerima sumbangan wang tunai serta bekalan perubatan asas bagi kegunaan harian,” katanya.

Beliau berkata, penularan Covid-19 telah menjejaskan sesetengah masyarakat dan mengubah kehidupan mereka.

"Kami berharap sumbangan ini dapat mengurangkan beban mereka yang terkesan dan menggalakkan semua lapisan masyarakat yang berkemampuan memberikan sumbangan untuk membantu golongan yang memerlukan di sepanjang tempoh sukar ini,” katanya.