Pergaduhan di Pasir Tumboh: Tujuh individu ditahan

Iklan
Empat lelaki dan tiga wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang lelaki dipukul beberapa individu di Pasir Tumboh di sini menerusi penularan satu video pada Selasa.Gambar hiasan

KOTA BHARU - Empat lelaki dan tiga wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang lelaki dipukul beberapa individu di Pasir Tumboh di sini menerusi penularan satu video pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, pihaknya menerima laporan polis pada Rabu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, suspek dan mangsa dipercayai mengenali antara satu sama lain.

"Susulan laporan tersebut, kita telah membuat tangkapan melibatkan tujuh individu iaitu empat lelaki dan tiga perempuan berumur lingkungan 19 hingga 46 tahun.

Iklan

Mereka dibawa ke mahkamah untuk perintah reman.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh,” katanya kepada pemberita ketika majlis ringkas serahan sumbangan makanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.

Abdullah (dua dari kiri) melihat sumbangan yang disampaikan wakil tujuh syarikat di Kota Bharu pada Khamis.

Iklan

Abdullah sebelum itu menerima 1,000 pek makanan daripada tujuh wakil syarikat perindustrian makanan di negeri ini yang diketuai Pengurus Perindustrian Makanan dan Minuman Layang-Layang, Han Lian Kuan untuk diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang buruh cedera dipukul selepas berlaku pertengkaran dipercayai berpunca daripada tindakan membunyikan hon kereta di tepi jalan Pasir Tumbuh di sini pada petang Selasa.

Dalam kejadian kitra-kira jam 5 petang itu, mangsa seorang lelaki berusia 30 tahun dikatakan berjalan kaki seorang diri pulang dari tempat kerjanya di Lundang.

Akibat pergaduhan tersebut, lelaki bengkak mengalami bengkak dan lebam pada bahagian muka serta badan.

ARTIKEL BERKAITAN:Buruh dibelasah selepas bertengkar kerana bunyikan hon