434,828 dos vaksin diberikan pada Rabu, tertinggi setakat ini

Iklan
Lebih 4 juta rakyat Malaysia telah lengkap dua dos vaksin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin harian mencatat angka sebanyak 434,828 dos suntikan pada Rabu, iaitu jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 279,938 individu menerima dos pertama dan 154,890 lagi, lengkap dos kedua.