Pemuda Amanah tuntut operasi kilang di tiga negeri ditutup

Iklan
Pemuda Amanah menuntut agar operasi kilang di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan ditutup susulan peningkatan kes harian Covid-19. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan menuntut agar operasi kilang di tiga negeri itu ditutup susulan peningkatan kes harian Covid-19.

Tuntutan itu dinyatakan oleh Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutan, Asmaaliff Abdul Adam; Timbalan Ketua Pemuda Amanah Selangor, Raja Muhammad Firdaus dan Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Mohd Hanis Alimin menerusi satu kenyataan bersama pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut mereka, lesen pengoperasian kilang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah tertakluk di bawah Akta 171 sahaja dan tidak melibatkan hal ehwal kesihatan.

"Undang-undang kesihatan berkenaan hal itu dikuatkuasakan oleh kerajaan Persekutuan melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Iklan

"Harus diingat, pindaan di atas bukan bermaksud PBT mempunyai kuasa menutup kilang tetapi bagi membolehkan Pegawai Kesihatan Persekitaran PBT membantu menjalankan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Tuntutan dinyatakan oleh Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han pada Rabu dilaporkan berkata, perkara berkaitan operasi sektor perkilangan bagi tujuan pengawalan Covid-19 adalah tertakluk kepada Akta 342 dan sebarang Pengendalian Piawai Perintah Kawalan Pergerakn (PKP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan

Dalam pada itu, kenyataan itu turut mendesak kerajaan bersikap telus dalam berkongsi data maklumat berkenaan peratusan positif daripada jumlah kes yang diuji secara harian.

"Kerajaan perlu mengutamakan nyawa rakyat berbanding kuasa politik. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dituntut untuk melepaskan jawatannya segera," kata kenyataan itu.