Speaker Dun kena tarik balik larangan pakai baju Melayu

Iklan
Datuk Mohd Imran Tamrin
SHAH ALAM - Speaker Dun Selangor, Ng Suee Lim wajar menarik balik kenyataan terhadap larangan pemakaian baju Melayu sepanjang Sidang Dun berlangsung.

Adun Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin menegaskan, Adun Sekinchan itu wajar mempertimbangkan semula kenyataan itu supaya isu etika pemakaian baju Melayu ini tidak berlarutan.

"Teguran Speaker Dun Selangor, Ng Suee Lim itu seolah-olah memperlihatkan pemakaian baju Melayu ini merosakkan kesucian Sidang Dun.

"Tuan Speaker wajar melihat isu ini dengan lebih meluas dan memberi kebenaran kerana dengan berpakaian Melayu, ianya tidak membataskan Adun berbahas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai teguran terhadap Adun Taman Templer, Mohd Sany Hamzan, baru-baru ini.