Guna SOSMA, AMLA terhadap penyeludup rokok
Iklan
Kerajaan perlu meletakkan aktiviti penyeludupan rokok sebagai jenayah terancang di bawah kesalahan SOSMA dan AMLA. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu meletakkan aktiviti penyeludupan rokok sebagai jenayah terancang di bawah kesalahan Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan menggunakan Akta Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) bagi mendakwa pesalah kes tersebut.
Bekas Ketua Polis Sarawak, Datuk Dr Yusoff Nook berkata, keadaan kini menjadi lebih kritikal apabila setiap tahun, lebih daripada 12 juta batang rokok seludup dibawa masuk ke negara ini dan menguasai lebih daripada separuh bahagian pasaran rokok sah yang dijual di Malaysia.
Iklan
Iklan
"Sementara jutaan batang rokok seludup dilaporkan telah berjaya dirampas di dalam setiap operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa, ia masih terlalu kecil untuk menyaksikan perubahan," kata beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa siri pendedahan di media dan pengesahan agensi penguatkuasaan mengenai ketua-ketua kumpulan penyeludupan rokok yang telah mengakibatkan Malaysia kerugian RM5 bilion dari segi hasil cukai yang tidak dapat dikutip setiap tahun.
Iklan
"Selepas laporan berita mengenai penyeludup menukar operasi mereka ke kawasan pesisir pantai yang luas dan tidak dikawal, adalah bagus untuk mengetahui agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja mengumumkan kejayaan merampas rokok seludup dalam bilangan besar-besaran," katanya.
Menariknya, kata beliau, agensi penguatkuasaan undang-undang juga maklum mengenai kewujudan ketua kumpulan penyeludupan rokok, malah memanggil mereka dengan nama seperti Ben dan Jimmy, serta mendedahkan carta organisasi jenayah dan modus operandi mereka.
Iklan
"Mengapa ketua-ketua samseng dan kumpulan mereka masih dibenarkan wujud dan beroperasi? Jelas maklumat perisikan yang dikumpul bertahun-tahun selama ini, sudah cukup untuk menumbangkan mereka, bukan?” katanya.
Bekas Ketua Polis Sarawak, Datuk Dr Yusoff Nook
Beliau berkata, ketika pandemik Covid-19 ini memusnahkan ekonomi dan ‘bendera putih’ telah muncul di seluruh masyarakat kita, tidak ada ruang untuk ketua-ketua penyeludupan rokok terus bermaharajalela dan mengaut keuntungan haram yang besar.
"Mereka bukan sahaja menyebabkan negara ini kehilangan dana bernilai yang boleh membantu pemulihan, tetapi mereka juga memporak-perandakan fabrik masyarakat kita dengan elemen jenayah dan amalan rasuah," katanya.
Beliau menambah, masa telah tiba untuk undang-undang sedia ada termasuk SOSMA dan AMLA digunakan bagi memperkasa agensi penguatkuasaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap ancaman kepada keselamatan negara ini.
"Penggubal undang-undang wajar mengenepikan perbezaan politik mereka dan mengambil kesempatan daripada sidang Parlimen untuk menyokong penggunaan SOSMA, AMLA dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) bagi menghapuskan ketua-ketua kumpulan jenayah ini,” katanya.
Tegas beliau, kerajaan juga harus berusaha lebih lagi untuk melindungi wira-wira dalam agensi penguatkuasaan undang-undang yang berdepan dengan tekanan daripada pihak berkepentingan disebabkan mereka bekerja keras untuk menghentikan masalah endemik penyeludupan rokok di Malaysia ini.
"Paling mustahak, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hendaklah memastikan Pasukan Petugas Pelbagai Agensi berkesan sepenuhnya dan diberikan sokongan sewajarnya untuk mereka melaksanakan tugas.
"Selain itu, inisiatif anti penyeludupan rokok yang Tengku Zafrul perkenalkan pada Belanjawan 2021 dikuatkuasakan dengan ketat dan pada masa sama, memberikan dana yang diperlukan bagi mengetatkan penguatkuasaan di perairan negara kita," katanya.
Beliau berkata, sebarang pertumbuhan ekonomi akan jadi sia-sia disebabkan ketirisan besar di mana ketua-ketua penyeludup mengaut untung besar.
BERITA SEMASA 29 APRIL 2024
Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa, atas satu pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, dia yang lebih dikenali sebagai Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Sedangkan katanya, hantaran di laman sosial, Facebook itu ialah berhubung pembukaan kasino yang dilaporkan beberapa media Antarabangsa.
Badrul Hisham berkata, disebabkan hantaran berkenaan, dia akan diheret ke muka pengadilan, namun berbeza dengan laporan media antarabangsa, yang tidak diusik sehingga ke hari ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661916/berita/semasa/chegu-bard-akan-didakwa-di-johor-bahru-esok
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #beritasemasa #mahkamah #Che'gubardbergari #kualalumpur