SEMENYIH - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan supaya dibina sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih bagi memastikan penduduk di kawasan ini mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik.
Beliau berkata, cadangan ini sebagai penambahan kepada usaha menambah baik fasiliti di dua klinik kesihatan sedia ada di pekan Semenyih dan Beranang yang telah lama dan uzur.