Tiada manifesto BN di PRK DUN Semenyih
Iklan
Noh Omar
SEMENYIH - BN menegaskan tiada manifesto khas dilancarkan pada PRK DUN Semenyih.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau mendapati ada pihak lain cuba melakukan fitnah dengan menyebarkan manifesto 'palsu' BN.
Iklan
Iklan
"Kita tiada manifesto pada PRK ini, namun ada pihak lain menyebarkan berita palsu serta mendakwa BN mempunyai manifesto," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyebaran manifesto 'palsu' yang mendakwa BN berjanji akan bawa isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Semenyih, jika mengundi parti itu.
Noh berkata, beliau melihat ia merupakan tindakan terdesak pihak tertentu dalam memburukkan BN.
Iklan
"Mereka sudah tiada modal untuk membangkitkan isu supaya rakyat marah kepada BN.
"Bagaimanapun rakyat sudah nampak fitnah yang dilemparkan oleh pihak berkenaan," katanya.
Iklan
Menurutnya, rakyat boleh menilai sendiri isu fitnah terbaharu itu.
"Jika kita menang pada PRK ini, kita masih tetap menjadi pembangkang, tidak perlu manifesto pada PRK ini," katanya.
Noh juga percaya, pihak berkenaan akan 'memainkan' lagi isu apabila melihat hubungan kerjasama UMNO dan Pas semakin erat.
"Saya percaya mereka akan 'memainkan' isu supaya dapat melaga-lagakan kedua parti ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>