'Dah 28 kemalangan berlaku di lokasi ini sejak Januari'
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima aduan berhubung satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa kenderaan terlibat kemalangan di Lebuh Raya Hubungan Timur Barat bersebelahan depoh simpanan kenderaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, antara penyebab utama kemalangan adalah keadaan jalan berselekoh dan tidak rata.