Bank Rakyat anjur program Jom Kayuh dengan Harrif Saleh

Iklan
Bank Rakyat menganjurkan program Jom Kayuh dengan Harrif Saleh (#BRjomkayuhdenganHS) secara maya menerusi platform Zwift pada 18 Julai ini. Gambar hiasan. - Foto 123RF, gambar kecil: Syed Abdul Aziz

SHAH ALAM - Bank Rakyat menganjurkan program Jom Kayuh dengan Harrif Saleh (#BRjomkayuhdenganHS) secara maya menerusi platform Zwift pada 18 Julai ini yang dijangka menarik penyertaan peminat berbasikal dalam dan luar negara.

Program itu dipacu oleh Kad Kredit-i Bank Rakyat yang menawarkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, program berkenaan merupakan kesinambungan pelbagai program anjuran bank secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menggalakkan penjarakan fizikal serta membataskan aktiviti berkumpulan bagi mengelak penularan wabak Covid19.

"Selain untuk menjaga kesihatan, program ini dapat menjadi platform bagi peminat sukan berbasikal untuk berinteraksi dan menikmati aktiviti berbasikal di lokasi masing-masing dan pada masa yang sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Syed Abdul Aziz berkata, Harrif yang merupakn jaguh berbasikal negara dan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) akan mengetuai sesi kayuhan itu dan peserta seakan-akan mengambil bahagian dalam perlumbaan jelajah terkemuka, Tour de France (TdF) 2021 yang sedang berlangsung.

Beliau berkata, peserta yang berminat hanya perlu mengikuti profil My Bank Rakyat di platform Zwift dan boleh mendaftar bermula 15 hingga 17 Julai ini di platform Zwift dan jemputan kayuhan akan dihantar terus kepada profil masing-masing.

Iklan

Katanya, Bank Rakyat juga menawarkan diskaun eksklusif ke atas jenama sukan terpilih khusus buat pelanggan Kad Kredit-i dan Kad Debit-i Bank Rakyat yang menyertai program tersebut.

Sementara itu, Syed Abdul Aziz berkata, bagi memudahkan pelanggan memohon Kad Kredit-i, mereka boleh mengimbas kod QR yang boleh didapati di media sosial bank.

"500 pemohon terawal Kad Kredit-i yang diluluskan bakal memenangi wang tunai berjumlah RM50 yang akan dikreditkan ke akaun Kad Kredit-i masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, antara ciri-ciri utama Kad Kredit-i Bank Rakyat ialah tidak mengenakan yuran tahunan, tiada kadar tambahan bagi transaksi luar negara yang melibatkan pertukaran wang asing dan perlindungan takaful secara percuma ke atas jumlah baki tertunggak.

Selain itu, katanya, pelbagai pilihan Kad Kredit-i Bank Rakyat lain yang boleh dipohon bagi menepati keperluan masing-masing seperti Kad Muslimah, Kad Platinum dan Kad Emas.