BINTANG tenis Kanada yang juga pemain nombor lima dunia, Bianca Andreescu mengambil keputusan tidak mengambil bahagian pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 berikutan situasi semasa kes Covid-19 di Jepun pada masa ini.
"Sejak kecil saya sememangnya menyimpan hasrat mewakili Kanada di Sukan Olimpik namun berdasarkan situasi semasa dan kekangan berkaitan Covid-19, hati kecil saya berkata ini adalah keputusan terbaik,” kata Andreescu di laman Instagramnya.