Malaysia Aviation Group lancar platform digital pelancongan
Iklan
MALAYSIA Aviation Group (MAG) telah melancarkan Journify, platform digital sehenti bagi pelancongan dan gaya hidup yang menyediakan penyelesaian menyeluruh perjalanan, sekali gus melengkapkan kekuatan dan kepakarannya dalam perniagaan perkhidmatan sistem penerbangan dan penerbangan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Kapten Izham Ismail berkata, Journify bersedia mengubah pengalaman pelanggan menerusi platform digital menawarkan penyelesaian pengalaman perjalanan kepada pengguna, antaranya memberi akses maklumat mengenai tempat-tempat menarik yang bersesuaian dengan keutamaan dan keperluan mereka.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Journify membuktikan kejayaan penting dalam perjalanan transformasi MAG ke arah menjadi kumpulan perkhidmatan pelancongan dan penerbangan yang terkemuka di Asia.
"Journify berbangga memperkenalkan pengalaman yang pertama seumpamanya menerusi perkhidmatan Journify2U, membolehkan pelanggan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mendapatkan produk yang dibeli menerusi aplikasi Journify dan diserahkan kepada mereka di ruang berlepas,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Platform itu menawarkan lebih 10 kategori pilihan, antaranya kafe dan restoran, outlet hiburan, tarikan pelancong, pusat membeli-belah dan sebagainya.
"Journify turut menawarkan pelanggan Enrich Points bagi setiap urus niaga yang dilakukan menerusi platform ini yang boleh digunakan untuk menebus penginapan di hotel, baucar makanan dan minuman, akses kepada Golden Lounge, baucar membeli-belah dalam talian, saringan perubatan, penerbangan percuma dan pelbagai ganjaran lain,” menurut MAG.
Iklan
Maklumat lanjut mengenai platform ini boleh dilayari di journifyshop.malaysia.airlines.com atau memuat turun aplikasi Malaysia Airlines. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>