McGregor patah buku lali, tumbang kepada Poirier
Iklan
DUSTIN Poirier berjaya menewaskan Conor McGregor menerusi keputusan knockout teknikal (TKO) selepas lawannya itu patah buku lali dalam perlawanan UFC 264 pada Ahad.
Dalam pertarungan di T-Mobile Arena di Las Vegas itu, McGregor tumbang seawal pusingan pertama selepas tersilap langkah ketika mengelak asakan Poirier yang menyaksikan buku lalinya patah.