18 maut, 11 cedera dalam nahas jalan raya di Algeria

Iklan
Sebuah bas bertembung dengan kenderaan berat di wilayah Constantine mengorbankan 18 orang, manakala 11 lagi cedera.

ALGIERS - Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh, manakala 11 lagi cedera dalam nahas jalan raya di timur laut Algeria, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

Sebuah bas bertembung dengan kenderaan berat di wilayah Constantine pada Jumaat malam, lapor Agensi Anadolu memetik polis Algeria dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Mangsa yang terkorban termasuk 11 wanita dan enam kanak-kanak. - Bernama