BEKAS Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Ahmad Faedzal Md Ramli dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Dr Mohd Khairi Zawi yang memendekkan tempoh kontraknya dari Januari 2019 kepada 30 November lepas.