Bantuan 'Sekampit Beras Sepapan Telur' untuk DUN Ampangan
Iklan
Persiapan program dilakukan petang Khamis sebelum pengedaran pada Jumaat. Gambar kecil: Mohamad Rafie
SEREMBAN - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan akan melancarkan Program bantuan 'Sekampit Beras Sepapan Telur' bagi membantu seluruh masyarakat di sini tanpa mengira keadaan mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, sebanyak 2,100 set disediakan di kawasan taman perumahan dan kampung.
Iklan
Iklan
Beliau memberitahu, ia termasuk 863 set di Taman Dusun Setia, Taman Dusun Nyior (490), Taman Nyior Hijau (270), Taman Nyior (70), Taman Purba (30), Kampung Dusun Nyior (50), Kampung Baru Blok C (107), Taman Dato Wan (120), Kampung Blok A (50) dan Kampung Blok B (50).
"Pada petang Khamis, Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di setiap kawasan terlibat menyediakan persiapan untuk pengagihan manakala pengedaran bermula Jumaat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Iklan
Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 1 Jun lalu pihaknya telah mempertingkatkan pelbagai bantuan kepada penduduk Ampangan yang terjejas termasuk menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 950 keluarga dan baucar bernilai RM100.
"Gerobok Asnaf Ampangan di Pusat khidmat rakyat DUN Ampangan yang bermula pada Julai tahun lalu juga berterusan memberi bantuan barang keperluan dapur kepada mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Iklan
"Selain itu, Gerobok Asnaf peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) juga dibuka bermula di Kampung Bahagia Jiboi dan di Gedong Lalang 162," katanya.
Tambah Mohamad Rafie, pihaknya juga mengagihkan sayur antara dua hingga tiga tan dari masa ke masa kepada 1,000 hingga 1,500 rumah untuk setiap kali pengedaran.
" Selain itu, terdapat juga bantuan khas bakul makanan untuk keluarga mangsa Covid-19, bantuan tunai untuk setiap kematian mangsa Covid-19 dan sumbangan peralatan hidroponik untuk mengurangkan kos belanja hidup," katanya.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.