376,909 dos suntikan vaksin diberi semalam
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 376,909 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan pada Khamis, menjadikan ia jumlah tertinggi diberi dalam sehari setakat ini, berbanding 375,842 pada Rabu lepas.
Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah 376,909 dos itu, sebanyak 153,982 adalah dos kedua.