Ada masa baik dan buruk: Yusry

Iklan
Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim

PEJAM celik kini rumah tangga yang dibina pasangan selebriti, Lisa Surihani, 33, dan suami, Yusry Abdul Halim, sudah memasuki tahun ketujuh.

Bersempena ulangtahun perkahwinan, pengarah dan penerbit, Yusry, 36, memuat naik ucapan buat isteri tercinta di Instagram.

Iklan
Iklan

Ucapan dari Instagram Yusry

"Sayang, kita sudah tujuh tahun bersama. Sudah pasti dalam mana-mana perkahwinan akan ada masa-masa yang baik dan buruk.

Iklan

"Tetapi, dikenangkan balik, kita berjaya mengharungi segalanya bersama-sama dan membuat kita lebih bertambah kuat saban hari.

"Terima kasih kerana senantiasa berada di sisi saya dan anak-anak. I sangat mencintai awak. Selamat Hari Kita 7," coret Yusry.

Iklan

Selamat diijabkabulkan pada 23 Februari 2012, pasangan itu dikurniakan dua orang anak, Yahaira Leanne, empat tahun dan Yusof Leonne, dua tahun.