Satu lagi Hospital Medan ATM di HTAR, Klang
Iklan
KUALA LUMPUR - Berikutan situasi semasa jangkitan Covid-19 di Selangor yang semakin meningkat, sebuah lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi menyokong kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan di Selangor dan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) menangani situasi pandemik Covid-19 di negeri tersebut ketika ini.