Telinga Ben tertusuk mata kail

Iklan
Anggota bomba membantu mengeluarkan mata kail yang tertusuk pada telinga Ben. - Foto Ihsan JBPM

LUMUT - Nakal bermain di dalam stor, telinga seekor kucing berusia dua tahun tertusuk mata kail dalam kejadian di Kampung Permatang, Seri Manjung, di sini pada Rabu.

Kucing hitam dikenali sebagai Ben itu dibawa pemiliknya ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung pada jam 9.42 pagi untuk meminta bantuan bagi mengeluarkan mata kail tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua BBP Seri Manjung, Shuib Idris berkata, anggota mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk mengeluarkan mata kail tersebut.

Shuib menunjukkan mata kail yang berjaya dikeluarkan. - Foto Ihsan JBPM

"Sepanjang tempoh itu, Ben sangat baik tidak mencakar atau meronta ketika anggota mengeluarkan mata kail itu seolah-olah tahu dia diselamatkan.

Iklan

"Setelah berjaya, anggota kemudian menyapu ubat berupa cecair kuning pada tempat tusukan mata kail itu sebagai bantuan perubatan terhadap haiwan tersebut," katanya.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.58 pagi dan Ben dibawa pulang oleh pemiliknya.

Iklan