Maritim tahan kapal tangki berlabuh secara haram

Iklan
Kapal tangki berlabuh secara haram di perairan Johor Timur ditahan pada Rabu.

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menahan sebuah kapal tangki kerana disyaki berlabuh secara haram di perairan Johor Timur pada Rabu.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki berdaftar dari Mongolia itu telah ditahan di kedudukan 10.4 batu nautika timur laut Tanjung Siang.

Iklan
Iklan

"Kapal tangki yang dikendalikan oleh empat kru warga Indonesia berumur antara 27 hingga 47 tahun memiliki dokumen pengenalan diri yang sah namun didapati telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh sewaktu diperiksa oleh bot ronda Maritim yang sedang menjalankan rondaan operasi.

"Nakhoda dan seorang kru ditelah dibawa ke Zon Maritim Tanjung Sedili bagi siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Nurul Hizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

"Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Iklan