Beberapa menteri adakan pertemuan dengan Muhyiddin pagi ini
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Beberapa orang kenamaan termasuk individu yang dipercayai menteri dilihat mula mengadakan pertemuan di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pada pagi Khamis.
Media difahamkan, antara yang terawal tiba ialah kenderaan yang dipercayai membawa Peguam Negara pada jam 9.40 pagi tadi diikuti dengan kenderaan rasmi yang membawa seorang menteri.