375,842 dos suntikan vaksin diberikan pada Rabu

Iklan
Sebanyak 375,842 dos suntikan vaksin telah diberikan pada Rabu menjadikan ia jumlah tertinggi diberi dalam sehari setakat ini.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 375,842 dos suntikan vaksin telah diberikan pada Rabu menjadikan ia jumlah tertinggi diberi dalam sehari setakat ini.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 168,047 adalah dos kedua.

Iklan
Iklan

Dr Adham turut memberitahu lima negeri tertinggi yang mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua semalam ialah Selangor dengan 80,609 orang, disusuli Sarawak (72,971), Kuala Lumpur (55,952), Negeri Sembilan (22,869) dan Johor (22,861). - Bernama

Iklan
Iklan