KERAJAAN Selangor akan memberi sumbangan RM10,000 kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, bermula 23 Julai ini.
Exco Sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata, peruntukan RM10,000 setiap seorang itu diberi kepada Phee Jing En (renang), Lee Hup Wei (lompat tinggi), Gavin Kyle Green (golf) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik artistik) sebagai perbelanjaan mereka di sana.