Ordersini platform e-dagang inovatif

Iklan
Iffat mahu menjadikan Ordersini sebagai pilihan utama peniaga konvensional yang hendak transformasi digital.

SHAH ALAM - Pembelian dan penjualan barangan dalam talian (online) kini menjadi trend pengguna termasuk peniaga bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia.

Pengasas Ordersini, Iffat Salleh berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan urus niaga melalui platform e-dagang menjadi norma baharu yang semakin dipraktikkan dalam kehidupan harian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ramai usahawan yang tidak dapat menggunakan peluang ini semaksimum kerana tiada pengalaman dalam e-dagang, malah cabaran utama yang dihadapi adalah dari segi pemasaran, kemahiran aplikasi digital dan pengurusan tempahan.

"Justeru, bagi mengatasi cabaran yang dihadapi oleh peniaga, Ordersini telah menyediakan platform e-dagang inovatif yang mengintegrasikan sistem pemasaran dan pengurusan jualan untuk memudahkan pengguna meraih hasil jualan dengan cepat.

Iklan

"Ordersini komited memberikan peluang kepada peniaga tradisional untuk beralih kepada e-dagang dengan cara yang mudah dan mengendalikan perniagaan dalam talian dengan lancar.

"Kami bukan sahaja menyediakan pakej tanpa bayaran (percuma), malah pengguna hanya perlu memasukkan produk dan kesemua proses dalam sistem berlaku secara automatik,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Iffat berkata, perkhidmatan Ordersini adalah sistem yang cukup lengkap kerana menyediakan alat pemasaran seperti fungsi penghantaran sistem khidmat ringkas (sms), penghantaran e-mel, dan penghantaran notifikasi melalui Whatsapp atau Telegram sekiranya peniaga menerima tempahan.

"Peniaga tidak perlu lagi menggunakan sistem lain untuk menjalankan pemasaran. Semuanya sudah ada di dalam Ordersini,” katanya.

Beliau berkata, sejak dilancarkan pada tahun 2016, Ordersini mempunyai lebih 244,356 pengguna aktif, lebih 5,000 peniaga dengan 27,306 produk yang menjangkau nilai transaksi sebanyak RM136 juta.

"Industri e-dagang tidak mungkin wujud tanpa sistem pengurusan jualan yang kukuh dan cekap kerana ia merupakan elemen penting dalam keseluruhan proses perniagaan atas talian.

"Bagi mengukuhkan tawaran nilai kami, kami telah melancarkan pelbagai fungsi dan ciri-ciri baharu untuk membolehkan peniaga meningkatkan prestasi jualan mereka,” katanya.

Beliau berkata, antara kemudahan yang disediakan adalah halaman penjualan sendiri di dalam pangkalan, pengaktifan pembayaran termasuk FPX, kad kredit dan integrasi penghantaran yang sesuai untuk bisnes peniaga.

"Sistem penghantaran memainkan peranan yang penting, maka dengan usahasama syarikat penghantaran membolehkan peniaga memilih kaedah penghantaran yang mudah dan lancar.

"Kami berkeyakinan bahawa keperluan dan kecenderungan pengguna amat berbeza apabila menggunakan sistem e-dagang kerana mereka fokus terhadap kepelbagaian pilihan, kemudahan dan kepantasan. Oleh itu, pengintegrasian sistem kupon, pixel FB and Google, sistem dropship, API dan ‘chatbot’ akan membantu kami untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna sejajar dengan usaha kami untuk meniti era digital yang lebih pesat,” katanya.

Menurut Iffat, testimoni pengguna yang diterima amat memberangsangkan dan beliau mahu menjadikan Ordersini sebagai pilihan utama peniaga konvensional yang hendak transformasi digital.

"Ordersini akan terus memberi sokongan kepada peniaga untuk berkembang dan berfungsi sebagai batu loncatan bagi mereka untuk membina hubungan dengan pembeli,” katanya.

Bagi peniaga yang baru bermula berniaga secara online, Ordersini juga menyediakan group coaching dan sesi Facebook live mingguan untuk membantu mereka memahami sistem dan menggunakannya bagi menjana jualan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ordersini, mereka boleh melayari https://www.ordersini.com/.

Ordersini berfungsi sebagai platform bagi peniaga untuk menjual produk mereka.