BAITULMAQDIS - PALESTIN. Polis Israel, semalam menahan ulama kanan yang membantu mentadbir kawasan suci di Kota Lama, dua hari selepas beliau membuka Bab al-Rahma yang ditutup Israel sejak 2003.
Ketua Yayasan Agama Baitulmaqdis, Sheikh Abdel-Azeem Salhab yang dilantik Jordan dengan berani membuka pintu tersebut yang terletak dalam kawasan Haram al- Sharif yang turut menempatkan Masjid al-Aqsa bagi membolehkan ratusan penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun.