Lebih RM600 juta bantuan disalurkan agensi agama

Iklan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kiri) menyerahkan replika cek kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zulkifle Ali untuk pembinaan Masjid Kampung Sungai Isap Dua di Pejabat JAIP dekat sini, hari ini. - Foto Bernama

PEKAN - Bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai lebih RM600 juta telah disalurkan menerusi agensi agama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kepada golongan yang memerlukan sehingga Jun.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sumbangan berkenaan disalurkan menerusi agensi antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Yayasan Waqaf Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Usaha membantu mana-mana pihak yang memerlukan masih diteruskan, kita berterima kasih kepada pelbagai pihak yang turut sama menghulurkan sumbangan kepada golongan berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas penyampaian replika cek pembinaan Masjid Kampung Sungai Isap 2, Kuantan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zulkifle Ali di sini pada Isnin.

Iklan

Selain wang tunai, agihan bantuan turut diberikan menerusi dana perniagaan, latihan kemahiran dan wakaf kesihatan.

Sementara itu beliau berkata, inisiatif Gerobok Rezeki atau bank makanan, mendapat sambutan yang baik daripada pihak syarikat mahupun individu perseorangan yang turut sama menyumbang. - Bernama

Iklan