Kanak-kanak setahun antara 13 ditahan Imigresen Kedah
Iklan
ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 13 warga asing termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun dalam 'Op Bersepadu' yang dijalankan di beberapa premis kediaman dan perniagaan di sini, semalam.
Pengarahnya, Zuhair Jamaludin berkata mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155) kerana tidak memilki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh.