6,045 kes positif baharu hari ini

Iklan
Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 6,045 kes positif baharu Covid-19 pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kes negara ini 778,652 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,262 kes diikuti Negeri Sembilan (531), Johor (500) dan Sarawak (365).

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Perak pula mencatatkan 384 kes, Kedah (332), Melaka (290), Sabah (228), Pulau Pinang (173), Kelantan (124), Pahang (95), Labuan (75), Terengganu (54) dan Putrajaya (16).

Iklan
Iklan