PASIR MAS – Pelbagai jenis makanan, barang runcit, kosmetik dan ubat-ubatan bernilai RM173,079 secara keseluruhannya tidak sempat dipasarkan apabila ia berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan semasa melakukan rondaan di Kampung Rahmat Kajang Pasir Mas, pada Sabtu.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi dalam satu kenyataan di sini berkata, rondaan yang dijalankan pihaknya pada jam 6.54 petang tersebut menemui sebuah lori yang dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.