PRK Semenyih: MCW lapor lima kes
Iklan
KUANTAN – Lima kes dilaporkan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh kempen PRK Semenyih.
Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, laporan tersebut adalah berhubung perbuatan disyaki kesalahan bersabit undang-undang perilaku rasuah dan perbuatan menyalahi akta dalam pilihan raya kecil.