BNM terima 29 permohonan bagi dapatkan lesen bank digital
Iklan
BANK Negara Malaysia (BNM) menerima sebanyak 29 permohonan untuk mendapatkan lesen bank digital di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, setelah tempoh permohonan selama enam bulan berakhir pada 30 Jun 2021.
Dalam kenyataan pada Jumaat, bank pusat itu berkata, sehingga lima lesen akan dikeluarkan dan permohonan yang berjaya akan dimaklumkan pada suku pertama 2022.