Parkir percuma di bahu jalan Kuala Lumpur mulai esok

Iklan
Tangkap layar ciapan Annuar di Twitter

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan dibenarkan parkir kenderaan mereka secara percuma di kawasan bahu jalan tempat letak kereta di seluruh kawasan Bandaraya Kuala Lumpur bermula Jumaat hingga 31 Ogos ini.

Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa berkata, inisiatif tersebut diharap dapat membantu rakyat di sini untuk menjimatkan perbelanjaan bagi membeli barangan keperluan keluarga.

Iklan
Iklan

"Saya bersetuju mulai esok sehingga 31 Ogos, semua tempat letak kereta bahu jalan dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur adalah percuma.

"Pengguna tidak perlu bayar apa-apa dan diharap penjimatan itu dapat digunakan untuk membeli barang keperluan keluarga,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Khamis.

Iklan
Iklan