ADUN Rawang dilantik Ketua AMK Selangor
Iklan
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Chua Wei Kiat dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang baharu, berkuat kuasa semalam.
Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab berkata, Wei Kiat yang juga Ketua AMK Selayang menggantikan Najwan Halimi yang dipecat daripada jawatan itu pada 28 Jun lepas.