Lebih 8 juta dos vaksin Covid-19 diberikan: Dr Adham
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 8,083,685 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata, sebanyak 2,309,018 orang telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vakinasi mereka.