Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 2 sen
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Harga runcit petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada kadar RM2.05 serta RM2.15 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Julai ini, sementara harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.67 kepada RM2.69.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) pada Rabu, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).