KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan penambahbaikan dan memperkasakan Bahagian D10 (Makmal Forensik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selaras dengan perkembangan dan trend jenayah semasa.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, antara perancangan strategik yang sedang dan telah dilaksanakan termasuk penggunaan teknologi tiga dimensi (3D) dalam rekonstruksi tempat kejadian dalam memantapkan siasatan saintifik dan memantapkan kemahiran dan kompetensi perkhidmatan melalui kursus dan latihan dalam dan luar negara.