MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan pelaksanaan penyembelihan korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini di masjid dan surau dengan bilangan haiwan korban terhad kepada lima ekor sehari sepanjang tempoh empat hari ibadah korban bermula 20 hingga 23 Julai.
Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, bagaimanapun setiap masjid dan surau terlebih dahulu perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka yang akan memastikan kesesuaian tempat korban.