Interpol bantu Malaysia siasat aktiviti haram ‘Darknet’
Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Polis Antarabangsa (Interpol) akan membantu lima negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, menyiasat aktiviti berkaitan pengganas biologi menerusi ‘Darknet’ (web gelap).
Penyelaras Unit Pencegahan Keganasan Biologi Interpol, Adrien Sivignon berkata, negara lain yang akan turut dibantu melalui Project Pandora itu ialah Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Iklan
Iklan
"Kami akan melaksanakan Project Pandora di Asia Tenggara pada suku pertama tahun depan. Kami harapkan sokongan lanjut daripada negara terbabit bagi menyiasat web gelap untuk mengekang aktiviti haram,” katanya pada forum mengenai penggunaan secara jenayah teknologi baharu web gelap.
Beliau merupakan seorang daripada ahli panel pada Forum Keselamatan Siber ASEAN bersempena Persidangan dan Pameran Pertahanan dan Keselamatan Siber (CYDES) 2021 yang berlangsung secara maya pada Isnin.
Iklan
Unit Pencegahan Keganasan Biologi Interpol memperkenalkan Project Pandora bagi meningkatkan kemampuan polis dan penganalisis perisikan dalam menyiasat aktiviti berkaitan keganasan biologi menerusi web gelap.
Ini berikutan peningkatan penggunaan laman web sedemikian untuk memperoleh, memindah atau menyeludup bahan atau senjata biologi yang kini menjadi kebimbangan utama komuniti penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia.
Iklan
Sivignon berkata, mereka mengakui ancaman penggunaan bahan biologi oleh ‘non-state actor’ (pelaku bukan negara), penggunaan laman web sebagai platform untuk perdagangan haram bahan biologi serta peralatan dwiguna, selain menangani cabaran teknikal dalam menyiasat laman web tersebut.
CDYES 2021 yang bertemakan ‘Embedding Resilience Within Our Cyberspace’ dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Keselamatan Siber Negara dari 28 hingga 30 Jun. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>