MOF nafi beri kelulusan operasi kepada Operator Perjudian Berlesen

Iklan
Kementerian Kewangan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) menafikan pihaknya memberi kelulusan kepada Operator Perjudian Berlesen untuk mula beroperasi pada 30 Jun ini, seperti surat yang telah disunting dan tular di aplikasi WhatsApp.

MOF melalui kenyataan dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada Selasa menjelaskan, pihaknya tidak mengeluarkan surat berkenaan yang didakwa bertarikh 25 Jun lepas, sebaliknya semua Operator Perjudian Berlesen telah diarahkan untuk tutup operasi sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Iklan
Iklan

MOF juga menegaskan bahawa tiada sebarang kelulusan diberikan kepada operator perjudian berlesen untuk beroperasi dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara. - Bernama

Iklan
Iklan