Abang Johari menyampaikan sumbangan kepada Nor Izzati Syamimi Suhaimi, balu juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Jumaat.
Kerajaan negeri Sarawak menyumbang RM100,000 kepada setiap keluarga lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, pada 8 Sept lepas.
Selain itu, bantuan pendidikan menerusi Yayasan Sarawak turut disalurkan bertujuan meringankan beban keluarga mangsa, khususnya dalam memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak mereka.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sarawak sumbang RM100,000 kepada keluarga mangsa nahas helikopter FDS