Salur segera inisiatif Pemulih bantu pulihkan industri pelancongan
Iklan
Nancy Shukri
PUTRAJAYA - Inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) perlu segera disalurkan kepada penggiat industri bagi memulihkan sektor pelancongan dan kebudayaan negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memastikan penyelarasan dan pemantauan terhadap pelaksanaan Pemulih berjalan lancar agar penggiat industri mendapat manfaat daripada inisiatif itu.
Iklan
Iklan
"MOTAC berharap inisiatif Pemulih dapat segera disalurkan bagi memberi suntikan semangat kepada mereka untuk bangkit semula dan berganding bahu bersama-sama kerajaan, memulihkan industri pelancongan dan kebudayaan negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin melancarkan inisiatif Pemulih bernilai RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat.
Iklan
Antara bantuan yang boleh dimanfaatkan sektor pelancongan dan kebudayaan melalui Pemulih ialah pelanjutan diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi Oktober hingga Disember 2021 kepada pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.
Selain itu, pemberian bantuan 'one-off' sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,300 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC, penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat dan mengecualikan cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel hingga akhir tahun ini.
Iklan
Nancy berkata, inisiatif Pemulih itu menunjukkan kesungguhan kerajaan Persekutuan dalam memastikan penggiat industri pelancongan, seni dan budaya yang terkesan terutamanya ketika negara perlu melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh dapat terus dibantu.
"MOTAC bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang sentiasa memastikan semua pihak yang berada dalam rantaian ekonomi terutama berkaitan dengan sektor pelancongan, seni dan kebudayaan diberi perhatian sewajarnya,” katanya.
Nancy turut mengajak penggiat industri untuk bersama-sama menyokong usaha kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok bagi membolehkan Pelan Pemulihan Pelancongan dilaksanakan serta menjayakan Program Covid-19 Free Destination bagi membantu penggiat industri pelancongan dan kebudayaan memulihkan semula industri yang terjejas teruk itu. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin umum Pemulih bernilai RM150 bilion
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>