Covid-19: Lebih 5,000 penduduk Sabah sudah divaksin
Iklan
KOTA KINABALU - Sejumlah 544,893 rakyat Sabah telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Kebangsaan peringkat negeri setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, seramai 376,202 individu menerima suntikan dos pertama manakala 168,691 orang pula telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin melalui pelaksanaan program itu di seluruh Sabah.