Tenangkan jiwa dengan kembali kepada ALLAH SWT
Iklan
Nuridah semasa program Sinar Live bertajuk Ustazah Nuridah: Kisah cikgu sekolah hingga Dewan Negara pada Isnin.
SHAH ALAM - Umat Islam dinasihatkan untuk kembali ke jalan ALLAH SWT bagi menenangkan jiwa mereka selain dapat meningkatkan keimanan.
Ketua Muslimat Pas Malaysia, Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, lumrah hidup manusia akan diduga dengan pelbagai cabaran sama ada dalam keluarga, masyarakat mahupun di tempat kerja kerana dunia adalah pentas ujian.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebagai orang Islam, kita perlu sedar tujuan kita dicipta adalah untuk mengabdikan diri dan berusaha sedaya upaya bagi merapatkan diri kepada ALLAH SWT.
"Ceritakanlah masalah kepada ALLAH SWT. Kita tahu hidup ini memang tempat susah dan tempat senang ialah di syurga, jadi perlu sabar.
Iklan
"Tidak apa untuk merintih dan merengek kepada ALLAH SWT dan jangan bimbang kerana ALLAH SWT sentiasa memerhati kita, insya-ALLAH ada jalan keluar untuk semua masalah,” katanya dalam program Sinar Live bertajuk Ustazah Nuridah: Kisah cikgu sekolah hingga Dewan Negara pada Isnin.
Mengulas lanjut mengenai isu rasuah yang berlaku dalam kalangan wanita, Nuridah berkata, isu tersebut sebenarnya berlaku disebabkan godaan hawa nafsu manusia itu sendiri.
Iklan
Jelasnya, rasuah merupakan gejala tidak bermaruah yang akan merosakkan masyarakat dan generasi akan datang.
"Amat mendukacitakan apabila mengetahui ada anak-anak muda yang mula terlibat dengan rasuah. Sayanglah generasi akan datang kalau ini berleluasa.
"Sebagai ibu juga, kita seharusnya mula terapkan dalam jiwa anak-anak tentang rasuah dan beri penerangan yang jelas tentang isu tersebut,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pesanan ibunya yang tidak menggalakkan anak menangis terlalu lama tanpa dipujuk bagi mengelakkan mereka menjadi keras hati.
"Kadang-kadang ada ibu bapa yang biarkan anak menangis sampai berguling-guling, sehingga mereka diam sendiri.
"Saya tidak suka begitu, memang saya garang tapi pada masa sama saya akan cuba memujuk kerana anak-anak sebenarnya akan meluahkan perasaan dengan cara menangis.
"Saya selalu amalkan membaca ayat terakhir surah Al-Imran kepada anak-anak untuk menenangkan mereka,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia"><meta itemprop="description" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia
Seramai 744 peserta Malaysia My Second Home (MM2H) direkodkan membeli hartanah di negara ini sejak 2023 sehingga 31 Disember 2025 dengan warga China menjadi pembeli tertinggi iaitu sebanyak 304 rumah diikuti Taiwan, 91 unit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu warganegara Singapura sebanyak 63, Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) manakala Indonesia dan Jepun masing-masing 14.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766723/berita/nasional/mm2h-warga-china-paling-ramai-beli-rumah-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #MM2H"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:49:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVus1fWi_7CEvzHm/x120"><meta itemprop="duration" content="P176S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7bqu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7bqu"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu"><meta itemprop="description" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #pelabuhanBintulu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:33:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVUm1fWimFGMBNnb/x120"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7agg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7agg"></script>