Ops Pematuhan SOP

Iklan

Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik membuat pemantauan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, di sebuah pasaraya di pekan Sik hari ini.

Polis menasihati orang ramai agar terus mengamalkan norma baharu kehidupan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 negara ini.

Iklan
Iklan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan semalam berkata, fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikekalkan sehingga tiga indikator nilai ambang utama dicapai.

Indikator tersebut ialah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana serta kadar vaksinasi populasi yang menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus. - Foto Bernama

Iklan
Iklan