Hampir 7.4 juta dos vaksin diberi setakat Ahad
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,395,905 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk di negara ini sehingga Ahad, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 5,308,849 penerima vaksin dos pertama dan 2,087,056 individu lagi menerima suntikan dos kedua.